
Beberapa bukti untuk memperkuat Abu Alanda sebagai tempat
Gua Ashabul Kahfi, diperkuat dengan sejumlah temuan benda-benda sejarah dan
arkeologi.
1. Di gua ini terdapat tulisan pada lengkuangan pintu di
dinding sebelah Timur yang menyatakan Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah
yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan
bahwa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum
itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab
(petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.
2. Tulisan khat Kufi. Ini membuktikan, masjid kedua di
Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari
kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibangun
berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas
gua ketika zaman Umawiah.
3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mujam Wasit,
memberi arti kubur orang nasrani yang mayatnya diletakkan di dalamnya. Pada
Nawawis tersebut terdapat bintang segi delapan yang membuktikan tanda zaman
kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masehi. Menjadi adat pada ketika itu,
mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil
bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan
mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.
4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu
dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut
dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai
zaman yang berlalu.


5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis
bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua
ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma’ tersebut berwudlu, shalat dan tidur
di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Palestina. Ain Ma’ terletak 70 meter
dari gua ashabul kahfi.
6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua.
Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan
tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.
Wallohu'alam bishowab
0 comments:
Post a Comment